Followers

Monday, 28 November 2011

Fiqh: Boleh ke orang Islam pegang dan Baca Al-Quran?



Hukum : Haram bagi orang Islam membenarkan non muslim memegang Al- Quran .
(pendapat Imam An-Nawawi Rahimahullahu Taala)

Keadaan mereka yang berhadas dan tidak tahu hukum menghormati Al-Quran dan WAJIB ke atas orang Islam untuk mengambil Al-Quran daripada tangan non muslim itu. Sekiranya tidak dilakukannya padahal dia mampu berbuat demikian maka hukumnya berdosa.

Hujjah : Firman Allah :

Tiada menyentuh Al-Quran itu kecuali orang yang suci
[Al-Waqiah 56:79]

Dan juga berdasarkan hadis-hadis antaranya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Tidaklah menyentuh al-Qur'an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.

[ Hadis daripada 'Amr bin Hazm radhiallahu 'anh, dikeluarkan oleh Ibn Hibban, al-Hakim, Baihaqi dan lain-lain melalui beberapa jalan yang setiap darinya memiliki kelemahan. Namun setiap darinya saling menguat antara satu sama lain sehingga dapat diangkat ke taraf sahih, atau setepatnya sahih lighairihi.



Sekiranya orang bukan Islam itu membaca Al-Quran tanpa memegangnya , maka tidak wajib dihalang melainkan sekiranya dia membaca dengan salah ataupun mempermainkan bacaan itu.


(Rujukan : Kitab At-Tibyan Fi Adab Hamalatil Quran (Imam An-Nawawi)
: Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus

No comments: